Matlamat bunyi yang dihasilkan paus Lagu paus

Sementara bunyi Paus Bongkok yang rumit dan mendayu (dan sesetengah Paus Biru) dipercayai digunakan terutamanya bagi pemilihan pasangan (lihat seksyen di bawah), bunyi lebih mudah paus lain digunakan sepanjang tahun. Sementara ikan lumba-lumba bergigi (terutamanya Orca) berkeupayaan menggunakan penetap gema (echolocation) (asasnya pancaran ultra sonik gelombang bunyi) untuk mengesan saiz dan jenis objek dengan tepat, yang tidak dimiliki oleh paus baleen. Tambahan lagi, tidak seperti sesetengah ikan seperti Yu, deria bau paus tidak terbentuk dengan amat peka. Dengan jarak penglihatan rendah keadaan keliling dalam air dan fakta bahawa bunyi bergerak dengan baik dalam air, bunyi didengari manusia memainkan peranan dalam pandu arah paus. Sebagai contoh, kedalaman air atau kewujupan penghalang yang besar di hadapan boleh dikesan melalui bunyi kuat yang dihasilkan oleh paus baleen.